Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan, ratusan pengundi didaftarkan di alamat yang sama disebabkan masalah penempatan setinggan sebelum ini.
"Dalam kes di mana sekelompok pengundi menggunakan satu alamat, apa yang kita lihat di Kuala Lumpur hari ini tidak sama dengan 10 tahun lalu... demografinya sudah berubah," katanya dalam forum di Petaling Jaya hari ini.
Sebagai contoh, katanya, pada suatu masa terdapat ratusan pengundi didaftarkan menggunakan alamat sama di Sulaiman Court ketika terdapat komuniti setinggan pada 20 tahun lalu.
Tempat itu sekarang dibina kompleks membeli-belah Sogo.
"Sebelum ini, apabila penduduk setinggan mendaftar, mereka mungkin pilih satu alamat, mungkin kediaman ketua kampung, dan semua surat menyuratnya masuk ke situ," katanya.
Jelas sekali Wan Ahmad cuba menipu rakyat buat kesekian kalinya. Ini kerana pengundi yang didaftarkan atas alamat yang sama itu dibuat dalam masa kurang dari 5 tahun bukan 10-20 tahun seperti didakwa oleh Wan Ahmad.
Nampaknya jelas sekali Wan Ahmad cuba mencari alasan setelah SPR di'serang' dengan pelbagai bukti kukuh berlakunya penipuan dan penyelewengan dalam daftar pemilih.
Selepas ini apa pula alasan dan jawapan Wan Ahmad apabila kita kemukakan pula bukti bagi menjawab alasan dan helah terbaru Wan Ahmad ini.

Comments