NEGARA SEKULAR PUN TIDAK NEGARA ISLAM PUN TIDAK, HABIS TU MALAYSIA NEGARA APA?

Malaysia tidak diasaskan sebagai sebuah negara sekular dan tidak pernah diisytihar serta ditentukan untuk menjadi begitu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Sebaliknya, kata Nazri, Malaysia diasaskan bawah prinsip pentadbiran Islamik bawah Raja-raja Melayu.

Perkataan sekular tidak wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan, Nazri memberitahu Dewan Rakyat dalam sesi soal jawab hari ini.

Katanya lagi, perlembagaan menyebut dengan jelas bahawa Islam sebagai agama persekutuan.

Beliau kemudiannya memetik perlembagaan dan peruntukan undang-undang yang menyebut status dan fungsi Islam dalam negara ini dilindungi.

Jadi kalau Malaysia bukan negara Sekular dan bukan juga negara Islam, maka apa status negara kita.??

NONEHendak mengaku negara sekular, takut hati rakyat Islam terguris, hendak mengaku negara Islam, kerajaan BN pun tahu Malaysia bukan negara Islam.

Comments