MCA : NAK BELAJAR ISLAM JANGAN BELAJAR DENGAN UMNO

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata kalau MCA nak belajar Islam, jangan belajar dengan Umno, tapi belajar dengan PAS.

Kita setuju dengan kenyataan Ustaz Idris ini kerana kita tahu Umno sama-sama dengan MCA menentang hukum Islam dan HukuM Hudud. Mana mungkin seseorang yang menentang hukum Islam boleh mengajar MCA. Sebab itulah kita lihat bila Soi Lek menghina Islam dan hudud Umno senyap seribu bahasa seolah-olah menyokong kenyataan Soi Lek.

Ustaz Idris berkata demikian kepada wartawan ketika mengadakan bantahan terhadap tindakan Presiden MCA menghina hukum Islam dan hudud di Wisma MCA dekat Kuala Lumpur hari ini.

Lebih 200 umat Islam hari ini berhimpun secara aman  di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, bagi membantah kebiadaban Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina agama Islam.

Mereka yang terdiri daripada perbagai latar belakang termasuk wakil NGO Islam hadir bagi menyatakan rasa tidak senang mereka dengan sikap MCA yang tidak berhenti-henti menghina agama Islam.

Himpunan hari ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Ulamak PAS Pusat.

Mereka membawa sepanduk dan poster mengecam tindakan pemimpin MCA itu yang didakwa tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam.

Ianya berikutan kenyataan Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.

Terbaru, beliau mendakwa negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.

Sementara itu, PAS turut menggesa Soi Lek memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas kata-kata penghinaan yang telah dikeluarkan beliau.

Ustaz Idris Ahmad yang mengetuai himpunan itu berkata, pihaknya juga akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja dalam masa terdekat.

"Kita mendesak supaya MCA memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan kita akan bawa isu ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

Seramai lima orang dilihat masuk menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil MCA di perkarangan pejabat pergerakan itu.

Selain Ustaz Idris, turut mengiringi semasa penyerahan itu termasuklah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil, Exco Pemuda Adram Musa serta Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Turut serta dalam bantahan itu, pengarah, penerbit dan juga pelakon terkenal Adam Hamid serta bekas pelakon terkenal siri Gerak Khas, Abby Abadi.

Sumber : Hdaily.

Comments