HENG PULA MULUT CELUPAR TIRU SOI LEK


Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie meniru ketuanya Chua Soi Lek bermulut celupar. Beliau mendakwa PAS menbenarkan perbuatan rogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.



Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur hari ini, Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut demikian tentang wanita.

"Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.

"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng, di hadapan 1,032 perwakilan.


NONE
Tuduhan Heng amat tidak bertanggungjawab. Mana mungkin Tok Guru berniat demikian, Heng sengaja menimbulkan isu tersebut untuk menakutkan bukan Islam kepada PAS dan PR.


Ahli PAS mendesak Heng menarik balik fitnah tersebut serta merta ......

Comments