CERAMAH USTAZ AZHAR DIHALANG, MAKSIAT DIGALAKKAN

Ceramah Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan berlangsung di Masjid Lapangan Terbang Batu Berendam, malam ini telah dibatalkan oleh kumpulan 'Syaitan Yang dikenali" - SYD (Nama jolokan yang diberi oleh Dr Mahathir). Ceramah tersebut terpaksa dipindahkan ke Maahad Ar Rahmah Solok Gaong, Ayer Molek.

Ketua Kumpulan 'SYD' mengarahkan pihak Jawatankuasa Masjid tersebut membatalkannya. Sumber dalaman memberitahu bahawa Ketua SYD bermesyuarat dengan Jawatankuasa Masjid hingga jauh malam. Inilah perangai sebenar kumpulan SYD, mereka tidak suka kepada program agama tetapi sudah pasti akan menggalakkan program-program maksiat kerana sememangnya Syaitan suka kepada kerja-kerja maksiat.

Cuba kawan-kawan Melaka Raya, lihat bagaimana meriahnya tempat maksiat yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Puak-puak SYD bukan hendak kurangkan malah galak dan biarkan ianya terus berleluasa.Program konsert dan sebagainya jadi rutin kepada anak-anak muda dan ianya mendapat dorongan dan dokongan puak-puak SYD.

Mereka tidak kisah halal atau haram yang penting nafsu mereka dapat dipenuhi. Bayangkan betapa bongkaknya mereka berani menghalang ceramah agama dalam masjid. Apa hukumnya wahai ulama-ulama kumpulan SYD? Sila jawab.

Tetapi kalau program-program maksiat mereka akan galakkan malah banyak program mereka akan turut hadir bersama-sama.

Memang wajar Dr Mahathir menggelarkan kumpulan itu sebagai "SYAITAN YANG DIKENALI".

Comments