BN YAKIN MENANG PRU 13?

Perdana Menteri Najib Razak sengaja melambat-lambatkan pembubaran Parlimen walaupun sebenarnya BN yakin mereka akan menang dengan majoriti besar. Semua itu merupakan 'psywar' yang dilakukan BN hanya untuk mengabui mata pimpinan PR dan penyokongnya.

Hakikatnya BN sudah membuat persediaan paling rapi dengan menggemblengkan sepenuhnya jentera dan agensi kerajaan bagi memenangkan mereka. Bayangkan jika semua jentera dan agensi kerajaan digemblengkan tenaga untuik membantu BN secara senyap maupun terang-terangan apakah BN tidak mampu untuk melonjakkan kemenangan mereka pada PRU 13 nanti.

Bukan sahaja Pengadil yakni SPR dan 'Penjaga Garisan', JPN dan lain-lain agensi digemblengkan tenaga oleh BN malah seluruh jentera tidak kira yang kecil apatah lagi yang besar telah diberikan tugas dan tanggungjawab masing-masing untuk memenangkan BN. Bermula dari sekarang sehingga ke peringkat pengumuman keputusan pilihanraya sehinggalah ke peringkat petisyen pilihanraya semuanya telah mempunyai  tugas dan kecenderungan ke arah memenangkan BN??? Betul atau tidak???

Sebab itulah pemimpin BN sudahpun membuat kenyataan bahawa mereka akan pertahankan Putrajaya walaupun dengan apa cara sekalipun samada Halal, Haram atau Halam.

Maka bersedialah PR ................!!!!!!!!!!!!!

Gambar : Sekadar hiasan.


Comments