.

.

02 August 2012

ZAHID AKUI UMNO SABAH BERGOLAK, PARLIMEN TAK JADI BUBAR

Kepimpinan Umno di Sabah perlu mengambil iktibar atas apa yang berlaku pada Umno Beaufort dan segera menyelesaikan masalah dalaman daripada berlarutan, tegas Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 


 Kenyataan Zahid ini membuktikan bahawa Umnoi Sabah memang sedang bergolak sekarang.walaupun dinafikan oleh pimpinan Umno Sabah.


NONEJelas sekali perkembangan di Sabah benar-benar merimaskan Ah Jib Gor dan pimpinan Umno yang sedang berkira-kira untuk membubarkan parlimen pada September ini. Jika pergolakan ini semakin hebat maka sudah tentu parlimen tidak jadi dibubarkan pada September.

"Saya tidak mahu menganalisis apa yang berlaku, tapi kita perlu ambil iktibar. Saya harap sokongan rakyat Sabah terhadap Umno tidak rapuh sebaliknya terus kukuh," kata Ahmad Zahid, yang juga menteri pertahanan, selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Kementah di ibunegara semalam, lapor Malaysiakini.
    
Sabtu lepas, Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan berundur daripada jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno, ketua Umno bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta. 
    
Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli Umno.
    
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan Lajim sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.
    
Ahmad Zahid juga berkata Umno Sabah perlu melakukan pelbagai usaha untuk memperkukuh akar umbi parti dan berharap isu peletakan jawatan Lajim dan Timbalan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Bumburing, Anggota Parlimen Tuaran, yang keluar daripada BN hujung minggu lepas, tidak mematahkan semangat penyokong parti itu.  

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter