UNDI PAS BERDOSA?

Setelah ada 'Ulama' Umno menghukumkan bahawa undi DAP haram dan berdosa, tidak mustahil selepas ini akan ada pula 'fatwa' bahawa  mengundi PAS juga haram dan berdosa.

Mungkin 'Ulama-ulama' upahan ini akan memberikan hujah bahawa berdosa dan haram mengundi PAS kerana PAS tidak taat kepada pemerintah dan kerajaan. Mereka juga mungkin berhujah, PAS haram dan berdosa disokong kerana PAS ingkar akan perintah Allah yang mahu umat Islam bersaudara dan berpadu antara satu sama lain.

Mungkin akan ada yang berhujah PAS adalah golongan 'Bughah' yakni penderhaka kepada pemerintah sepertimana tuduhan yang dilemparkan kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan sahabat-sahabat beliau yang syahid di Memali pada 19 November 1985.

Ayat Al-Qu'ran "Wahai Orang yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah, Taatlah kepada Rasul dan kalangan pemimpin antara kamu...". sering digunakan untuk menguatkan hujah supaya semua rakyat taat tanpa berbelah bahagi kepada kerajaan. Sedangkan ulama-ulama tafsir menegaskan bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah mutlak manakala ketaatan kepada manusia termasuk pemerintah adalah tidak mutlak dan bersyarat. Tidak ada ketaatan kepada manusia jika kita disuruh melakukan maksiat atau manusia itu sendiri diketahui mengingkari perintah Allah.

Perkara ini adalah perkara asas dalam agama di mana anak juga tidak wajib taat kepada ibubapa dalam perkara-perkara maksiat dan bertentangan dengan hukum Allah.

Di dalam keadaan Umno/BN yang seolah-olah bagaikan orang yang hampir lemas mereka akan mencapai sahaja untuk bergayut bagi mengelakkan diri mereka tenggelam dan mati kelemasan. Kalau ada najis pun mereka cuba bergayut tidak kira apa sekalipun. Sebab itulah jawatankuasa pemikir mereka (think tank) mereka setiap saat memikirkan apa bentuk serangan, tohmah, fitnah dan tindakan yang sesuai digunakan tidak kira halal atau haram. Yang penting matlamat mesti dicapai.....MATLAMAT MENGHALALKAN CARA ...........

Comments