NAJIB BENAR-BENAR RISAU TERPAKSA BERGEGAS KE SABAH

Najib Razak berkata terpaksa bergegas ke Sabah ekoran pembelotan dua anggota Parlimen BN, di mana beliau akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.

Beliau juga menolak anggapan bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

"Setakat ini ia hanya desas desus, tetapi apa yang lebih penting sekarang, kedudukan kita tidak tercancam dan kita mampu menangani cabaran ini," katanya.
Kalau setakat desas-desus tak perlulah Najib bergegas Sabah. Ini sudah tentu kes besar sehingga beliau terpaksa melutut kepada pimpinan BN negeri. Memang ramai yang didakwa akan menuruti jejak langkah Lajim dan Bumburing sebab itu Najib tak tidur malam.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, beliau berkata, BN akan mengambil langkah yang perlu untuk mengukuhkan Umno dan BN di negeri itu.

Najib berkata beliau sudah bertemu beberapa pemimpin BN Sabah ekoran pembelotan sebelum ini tetapi akan sekali lagi turun pada pada Sabtu ini.

Sudah tentu lebih banyak janji ditaburkan bagi memastikan mereka tidak belot........alahai dapat durian runtuhlah pimpinan politik Sabah .......................puluhan malah ratusan juta mereka sanggup bayar asalkan jangan lompat sokong PR.

Comments

kampong lad said…
masalah bn, dia boleh naik jet kerajaan dak?