BELUM BERLAWAN SUDAH MENGAKU KALAH?

Sebagai seorang rakyat Melaka saya berasa kesal dengan sikap kepimpinan Pakatan Rakyat Melaka yang awal-awal lagi mengaku kalah. Belum lagi gendang pilihanraya umum ke 13 diketuk pemimpin yang lemah semangat ini mendakwa PR hanya mampu menang 9 kerusi sahaja iaitu pertambahan sebanyak 4 kerusi berbanding PRU 12 dahulu.
"Cakap berdegar-degar tetapi awal-awal lagi dah terberak dan terkincit" kata seorang dari penyokong Umno yang ditemui.

"Pemimpin lemah tenaga batin dan kecil jiwa macam ini wajar ditukar dengan pemimpin yang kuat semangat dan berjiwa besar" komen penyokong tegar PR ketika diminta komen tentang kenyataan pemimpin PR yang disiarkan dalam Themalaysianinsider semalam.

Rata-rata penyokong PR kesal dengan sikap pemimpin tersebut yang seolah-olah tidak yakin dengan gerakerja mereka sendiri. Inilah yang boleh kita katakan belum bertanding sudah kecundang.

"Tak ada semangat langsung, orang sepatutnya kita percaya dan yakin dengan segala usaha yang kita buat buikannya melemahkan semangat orang lain" tambah seorang lagi penyokong tegar PR.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mat Akin semalam beliau mendakwa PR hanya akan menang di 4 kerusi tambahan iaitu Klebang, Machap, Paya Rumput dan Duyong. Maknanya hanya PKR dan DAP yang akan menang pada PRU 13 akan datang.

Kenyataan beliau itu sebenarnya menyinggung perasaan kami penyokong PAS yang bekerja siang malam memastikan kemaraaan PR di Melaka. Kami bekerja untuk semua bukan hanya untuk PAS tetapi untuk PR.

Jangan lemahkan semangat kami. Sebagai seorang pemimpin besar yang berjiwa besar dan hebat kita mesti sentiasa peka dengan segala usaha ahli-ahli bawahan.

Kami tetap yakin dengan segala gerakerja kami dan berserah kepada Allah untuk menentukan segalanya.

Nukilan : Insan terhina - Bukit Katil.


Comments