BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PAS SOKONG UMNO?

Melihat kepada kemesraan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dengan Perdana Menteri, Najib Razak dan lain-lain pimpinan Umno, beliau dilihat sekarang ini lebih suka berada bersama mereka berbanding menghadiri program-program anjuran PAS. Jarang sekali kita lihat Nasharuddin bersama dalam program PAS. Mengapa beliau lebih senang dan mesra bersama dengan pemimpin Umno berbanding dengan pimpinan PAS 


Kita tidak kisah jika beliau baik dan mesra dengan pemimpin Umno kerana sebagai seorang Islam kita memang digalakkan mengadakan hubungan silaturrahim dengan sesiapa sahaja hatta kawan-kawan bukan Islam. Tetapi jangan pula kita meminggirkan program parti dan pada masa yang sama menghentam parti dan membelakangkan keputusan parti. Sebagai anggota jemaah kita mesti berdisiplin dan memberikan wala' kepada kepimpinan. 

Sebagai seorang yang hebat mentarbiyyah ahli sebelum ini, perkara asas tarbiyyah ini tidak perlu kita ajar kepada Nasharuddin. Beliau bertaraf murabbi dan Tok Guru besar Tarbiyyah. Namun bukan sedikit yang gugur dalam perjuangan hanya kerana dugaan kecil seperti tewas dalam pemilihan parti, ditawarkan pangkat, harta dan sebagainya.


Amat malang jika Nasharuddin boleh terperangkap dalam mainan politik dan strategi Umno. Jangan kerana tidak terpilih pada pemilihan yang lalu beliau membuat 'U Turn'. Takkan sebab sekecil itu beliau semakin renggang dengan PAS. Ingatlah perjuangan yang dibawa oleh Datuk Fadzil Noor. Nasharuddin sendiri diamanahkan oleh Datuk Fadzil Noor menjadi Setiausaha Agung PAS. Disitu bermulalah karier politik Nasharuddin sehingga diamanahkan sebagai Setiausaha Agung beberapa penggal dan seterusnya diamanahkan menjadi orang nombor 2 dalam jemaah.

Sebagai seorang sahabat dan anak didik beliau ketika beliau menjadi pimpinan PAS dulu dan sekarang kita sentiasa berdoa agar beliau tidak masuk dalam perangkap musuh yang sememangnya sentiasa mencari pelunag untuk 'membaham' kita semua.

Sementara itu Dewan Pemuda PAS Kelantan meminta Nasharuddin melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bachok di atas tindak tanduk beliau kebelakangan ini yang mengguriskan hati pengundi-pengundi Bachok yang memilihnya pada PRU 12 lalu.

Semalam Harakahdaily melaporkan bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin  yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.

"DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini. 

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya. 

Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya. 

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya.

Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.

Gambar : Nasharuddin bersama Najib dan beberapa pimpinan Arab di Mekah.

Comments