TAK MASUK AKAL : AIR LONGKANG DAN PERIGI KENA CAJ


Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ayer Keroh, Khoo  Poay Tiong berkata tidak masuk akal kerajaan negeri hendak mengenakan caj terhadap penggunaan air longkang, perigi dan parit.

"Kerajaan negeri dalam mesyuarat exconya baru-baru ini telah membuat keputusan untuk mengenakan caj terhadap penggunaan air longkang, parit dan perigi yang tidakpun dirawat oleh Syarikat Air Melaka"

"Inilah kerajaan longkang yang tidak langsung memikirkan kesusahan dan kesulitan rakyat".ujar Khoo pada ceramahnya di Bukit Piatu malam tadi.

Khoo berkata tidak mustahil suatu hari nanti pejalan kaki juga kena bayar 'road tax'.

Comments