Najib hanya menghantar Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin, pada Sabtu untuk bertemu Presiden baru Mesir, Mohamad Morsi. Khalid berlepas ke Kaherah, Mesir untuk melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir yang baharu dilantik Mohammed Morsi.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini, berkata kunjungan beliau adalah sebagai Wakil Khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk menyampaikan ucapan tahniah secara peribadi daripada kerajaan Malaysia atas pelantikan Morsi sebagai Presiden Mesir yang kelima.
Kunjungan hormat tersebut dijadual esok di Pejabat Presiden, kata kenyataan itu.Mohamed Khaled turut diiringi beberapa pegawai kanan kerajaan Malaysia
Apakah Najib tidak hormat kepada Morsi hingga tidak ada masa untuk bertemu Morsi. ?
Kita masih ingat bagaimana kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf menteri luar dari Palestin yang diwakili Hamas suatu masa sebaliknya mengiktiraf wakil Fatah (Umno Palestin) dalam suatu program rasmi.
Mungkin oleh kerana Morsi datang dari Gerakan Islam maka Najib tidak memandang tinggi kepada Morsi??????
Comments