(KEMASKINI) MAHATHIR CUBA SALAHKAN PAK LAH DI ATAS MASALAH NEGARA SEKARANG


Mahathir menyalahkan Pak Lah di atas semua masalah yang dihadapi Umno/Bn sekarang. Padahal semua yang berlaku sekarang adalah atas kesinambungan apa yang dilakukan oleh Mahathir dulu, Pembaziran, kezaliman, penghapusan demokrasi dan lain-lain semuanya diperkenalkan oleh Mahathir. Pak Lah dan Najib hanya mewarisi segala kebobrokan legasi yang diwariskan oleh Mahathir. Jangan pula Mahathir hendak berlepas tangan.


Antarapos menyiarkan kenyataan bahawa Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menuding jari kearah Tun Abdullah Ahmad Badawi ekoran terhakisnya kepercayaan rakyat terhadap kakitangan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika penggantinya itu mengambil alih jawatan eksekutif tertinggi negara pada tahun 2004.


Mahathir yang kecewa dengan prestasi Abdullah mendakwa bekas Presiden Umno ke-6 itu telah melunturkan segala kegemilangan yang telah dibina oleh Umno-BN dan barisan parti komponen.

"Saya memerintah selama 22 tahun, jadi saya mempunyai lebih banyak pengalaman. Mungkin sekarang berbeza.

"Bagaimanapun, kesilapan terletak kepada Abdullah. Dia memusnahkan semua institusi yang kami bina, memusnahkan parti dan parti-parti komponen kami," memetik kenyataan beliau menerusi laporan portal Malaysiakini.

Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5 yang dilantik parti Umno selepas Mahathir mengambil keputusan untuk bersara.

Beliau telah memperkenalkan Islam Hadhari yang disifatkan sebagai keseimbangan ekonomi dan teknologi bersama pendekatan Islam selain menumpukan pentadbiran nasional terhadap pemulihan sektor pertanian di Malaysia.

Sepanjang empat tahun pemerintahannya, Abdullah dipalitkan dengan pelbagai kontroversi membabitkan kelemahan pentadbiran kerajaan sehingga mengakibatkan kegagalan BN mempertahankan majoriti 2/3 parlimen pada Pilihan Raya Umum 2008.

Ekoran itu, negara menyaksikan BN hilang kuasa di empat buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak selain gagal merampas Kelantan daripada kerajaan PAS.

Abdullah turut didakwa terlibat dengan kontroversi pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara pada tahun 2004 bersabit tuduhan salah laku seksual.

Beliau melepaskan jawatan tersebut pada 1 September 2009 setelah mendapat kritikan banyak pihak termasuk Mahathir kerana didakwa gagal membawa BN memperolehi kemenangan selesa pada pilihan raya umum lalu.

Mahathir cuba lari dari kesalahan yang telah beliau lakukan. Ingatkah tuan-puan bagaimana rakusnya Mahathir meminda perlembagaan mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu, menggunakan akta zalim ISA menahan berpuluh-puluh pimpinan PAS, DAP dan lain-lain, memperkenalkan akta OSA dan sebagainya. Semua ini tetap dikenang oleh rakyat. Kita masih ingat kenyataan Almarhum Presiden PAS, katanya kita harap umur Mahathir panjang supaya beliau dapat melihat kezaliman yang beliau lakukan pada masa depan.

Kini Mahathir cuba lepas tangan dengan menyatakan semua masalah negara adalah akibat dari kelemahan Pak Lah sedangkan beliaulah yang menerokai ini semua dan sekarang menjadi mentor kepada Najib dalam meneruskan kebobrokan yang sedang menjuruskan negara ke lembah kebinasaan.

Comments

Anonymous said…
maksud mahathir yang sebenar.
pak lah salah di atas masalah
yang dihadapi negara sekarang.
kerana pak lah membebaskan anwar.
mahathir dah takutlah tu.
takut jadi macam mubarak.
kah... kah... kah...