Rakyat Melaka jangan takut buat perubahan. Kehidupan di dunia kita sentiasa dituntut membuat perubahan atau tajdid iaitu perubahan dari yang tidak baik kepada sesuatu yang lebih baik. Umat Islam diajar supaya mengamalkan prinsip 'continual improvement' setiap hari, semalam lebih baik dari kelmarin, hari ini lebih baik dari semalam dan seterusnya. Sesiapa yang hari ini lebih teruk dari semalam, dia merupakan hamba yang tertipu.
Sebab itu dalam kehidupan berpolitik kita juga dituntut membuat perubahan dalam kecenderungan politik kita khususnya dalam menentukan seseorang pemimpin dan parti yang ingin kita sokong. Jika sesebuah kerajaan dan pemimpin sedia ada penuh dengan korupsi dan penyelewengan maka wajib bagi kita membuat perubahan.
Apakah kita masih ingin berdiam diri dengan sebuah kerajaan dan pimpinan seperti di bawah :-
Apakah kita masih ingin berdiam diri dengan sebuah kerajaan dan pimpinan seperti di bawah :-
1) Seorang Ketua Menteri yang didapati mengamalkan RASUAH pada pemilihan Umno.
2) Kerajaan yang hutangnya meningkat menjadi RM865juta iaitu meningkat sebanyak 100 % semasa Ketua Menteri yang ada sekarang mengambilalih tampuk pemerintahan iaitu hutang pada masa itu kira-kira RM400juta.
3) Kerajaan yang mengamalkan pembaziran dengan projek-projek yang terbukti gagal dan tidak berdaya maju seperti Eye On Malaysia, Kincir Air, Lapangan Terbang Batu Berendam, Litar Go-Kart, Kapal Selam dan lain-lain.
4) Kerajaan yang tidak tegas membenteras maksiat seperti pelacuran. pusat-pusat hiburan dan perjudian
5) Kerajaan yang gagal memelihara tanah wakaf apabila banyak tanah wakaf terlepas kepada orang lain kerana dijual dan tanah dibangunkan atas nama pembangunan.
6) Kerajaan yang merobohkan surau di Ujong Pasir dan Tadika Islam (PASTI) di Bukit Katil
7) Kerajaan yang menamatkan program-program tazkiran dan kuliah agama di masjid dan surau hanya atas alasan Ustaz tiada tauliah sedangkan mereka berkelulusan agama dari Al Azhar dan IPTA tempatan dan sebagainya.
8) Kerajaan yang terus menerus menekan rakyat dengan cukai-cukai tanah, premis perniagaan, tarif meningkat, mengena caj untuk air telaga, longkang, cukai perniagaan/pasar malam dan sebagainya.
9) Kerajaan yang melantik pegawai-pegawai masjid/surau dan AJKnya atas dasar politik sedangkan ada antaranya tidak layak dan akhlaqnya buruk.
10) Kerajaan yang melantik kakitangan agensi kerajaan atas dasar kronisme dan nepotisme.
11) Kerajaan yang mengamalkan pemberian tender secara ruindingan yang mengakibatkan wang rakyat terbazir.
12) Rezab negeri hanya tinggak RM8 juta sahaja berada pada paras sangat BAHAYA menghampiri kebangkrapan.
Dan sebagainya .......
Sudah sampai masanya rakyat membuat perubahan. Rakyat seluruh dunia telah membuat perubahan.
Rakyat Jepun telah menamatkan pemerintahan LDP (BN Jepun) yang memerintah Jepun lebih dari 50 tahun.
Rakyat Tunisia, Morocco, Indonesia, Thailand, Myanmar dan terbaru Mesir telah membuat perubahan. Tiada masalah pun mereka hadapi dengan sebuah kerajaan baru.
Di Malaysia, rakyat Kelantan sudah 22 tahun diperintah PAS manakala Selangor, Pulau Pinang dan Kedah sudah lebih 4 tahun diperintah PR, mereka mendapat pelbagai nikmat yang tidak dirasai oleh rakyat Melaka.
Jangan takut untuk BUAT PERUBAHAN................
Comments