BUKAN SELANGOR SAHAJA, PAHANG PUN DAPAT AIR 'FREE'

Bukan penduduk Selangor sahaja yang mendapat air percuma, penduduk Pahang juga dapat air percuma malah dalam kuantiti yang tiada hadnya. Berapa banyak mereka gunapun tidak perlu bayar. Hebat betul kerajaan BN Pahang, cipta rekod dunia sebab tiada kerajaan di dunia yang bagi 'Free' air 100 %.


Ikuti cerita di ini yang disiarkan oleh Sinar Harian.


 Penduduk di Kampung Sungai Pinang di Kuantan masih menggunakan air telaga untuk kegunaan harian walaupun negara kini pesat membangun.

Air perigi itu berbau sedikit hanyir dan kekuningan, namun mereka tiada pilihan dan tetap menggunakannya untuk memasak dan mencuci pakaian.


Mereka terpaksa menggunakan air telaga selepas pelbagai usaha dan rayuan dibuat kepada pihak bertanggungjawab tidak mendapat maklum balas positif.

Penduduk, Hawa Yunus, 62, berkata, dia tinggal di situ sejak 22 tahun lalu dan terkilan kerana terpaksa melalui keadaan itu sejak sekian lama.

Menurutnya, dia terpaksa menggunakan air tidak bersih untuk kegunaan harian kerana tiada pilihan lain.

“Saya sudah membuat rayuan ketika anak bongsu berusia 5 tahun. Sekarang anak saya sudah berusia 21 tahun, tetapi keadaan masih tidak berubah.

“Saya pernah mengisi borang untuk mendapatkan telaga tiub, tetapi diberitahu tiada peruntukan,” katanya.

Suri rumah, Melah Idris, 49, pula berkata, setiap hari dia akan menimba air perigi untuk kegunaan harian.


Satu-satunya perigi digunakan penduduk di Kampung Sungai Pinang.

“Kadangkala anak-anak malu untuk membawa air masak ke sekolah kerana tidak bersih dan berbau sedikit hanyir.

“Saya pernah menemui pihak bertanggungjawab, namun dimaklumkan memerlukan RM20,000 untuk proses pemasangan,” katanya ibu kepada lapan cahaya mata itu.

Seorang lagi penduduk, Maimun Mamat, 67, berkata, dia tinggal di situ sejak 43 tahun lalu dan keadaan tetap tidak berubah.

Menurutnya, setiap kali cucunya dari Kuala Lumpur pulang ke kampung, mereka akan membeli air mineral kerana tidak boleh menerima air perigi yang keruh dan hanyir.

“Sampai bila kami terpaksa melalui keadaan ini? Saya harap pihak bertanggungjawab dapat meninjau keadaan kami di sini. Tolonglah bantu kami mendapatkan bekalan air bersih,” katanya.


Gambar: Melah menunjukkan air perigi yang keruh.

Comments

Anonymous said…
I absolutely love your blog and find a lot of your post's to be precisely what I'm looking for. Would you offer guest writers to write content for yourself? I wouldn't mind composing a post or elaborating on a lot of the subjects you write regarding here. Again, awesome blog!
Anonymous said…
Kesian orang Pahang, Negerinya makmor, negeri yang terbesar di Semenanjung ini tetapi rakyatnya masih ada yang tak mendapat air bersih......Kerajaan Pahang yang diterajui oleh BN cuma sebok hendak membekalkan air ke Selangor yang kununnya dikatakan sudah mula kurang air hingga terpaksa hendak dicatu sebagaimana yang didakwa oleh pemimpin BN Selangor!
wonder why said…
Orang Pahang sanggup bekorban,biar rakyat miskin dan susah asalkan Pemimpin BN kaya Raya.