Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor sanggup menyalurkan peruntukan bahagian masing-masing jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan sekatan pinjaman ke atas pelajar-pelajar baru Universiti Selangor (Unisel).
Pendirian itu dilahirkan oleh Speaker Dun, Datuk Teng Chang Khim menerusi laman sosial Facebook dan mesej Twitter malam tadi, yang ditujukan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Tan Sri, sekiranya perlu, setiap Adun PR sudi menggunakan peruntukan kawasan untuk menaja seorang pelajar Unisel," kata beliau di sebalik kontroversi terbaru berkaitan dengan kemudahan pinjaman kepada penuntut-penuntut Unisel.
PR ada 35 Adun di Selangor. PTPTN, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengesahkan langkah itu diambil tetapi menegaskan hanya bersifat sementara ekoran pendirian PR mahu memperkenalkan pendidikan percuma.
Inilah sikap terpuji Adun negeri PR. Mereka bukannya berusaha mengaut kekayaan sebaliknya sanggup menggunakan peruntukan Dun masing-masing untuk rakyat khususnya para pelajar. Tahniah...........Adun BN sanggup tak melakukan perkara sama?

Comments