TIMBALAN MENTERI KELUAR UMNO SERTAI PR?

lajim ukinBeaufort MP Lajim Ukin has tendered his resignation as Kerambai Kebatu Umno chief following an earlier revelation that he would not defend his seat as Beaufort Umno division chief.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lajim Ukin dijangka akan keluar dari Umno dan menyertai PR.


Perkara ini sudah lama kedengaran namun ianya masih belum menjadi kenyataan. Namun Ahad lalu Lajim mengejutkan semua pihak apabila menghantar surat perletakan jawatan sebagai Ketua Umno cawangan dan membuat kenyataan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Beaufort.


Lajim berkata inilah adalah tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian, langkah kedua ialah meletakkan jawatan Ketua Cawangan dan langkah ketiga kita tunggu dan lihat nanti.


Keputusan Lajim ini menguatkan spekulasi yang beliau akan menyertai PKR dalam masa terdekat. Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai memang terdapat usaha-usaha terancang yang sedang dilakukan oleh bekas pemimpin kanan Sabah untuk membawa seberapa ramai pemimpin BN tempatan menyertai atau sekurang-kurangnya menyokong PR pada PRU 13 nanti.


Ianya tidak mengejutkan kerana pemimpin politik Sabah memang sukar diramal. BN pernah jatuh beberapa kali di Sabah.


Comments