PENGHINAAN : RAKYAT DIBAYAR RM6 HADIR KE UTC?

Ada maklumat yang diperolehi petang ini bahawa orang ramai akan dibayar RM6 jika hadir ke program perasmian UTC (Urban Transformation Centre) yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Najib Razak esok.

Kalau benar fakta maka jelas sekali rakyat dihina oleh penganjur dengan hanya RM6. Apakah maruah, masa, tenaga dan penat rakyat yang datang dari jauh dan dekat hanya bernilai RM6.00 sahaja. Takkan nilai seorang manusia hanya RM6.00.

Mungkin mereka sudah tidak ada wang untuk 'menyogok' rakyat supaya hadir ke program itu bagi mencapai target kehadiran 100,000 untuk membuktikan kepada Najib bahawa BN mendapat sokongan penuh dari rakyat.

Kalau nak 'sogok' pun biarlah nilainya munasabah dengan harga seorang manusia bukan setaraf dengan haiwan yang tidak tahu berfikir.


Comments

Anonymous said…
Maaflah saudara. Kalau nak berfakta biarlah cerdik sikit.
Dengan kupon makan berharga RM6 di Gerai-gerai di Program tersebut menunjukkan sokongan rakyat bukan kerana duit. Mereka support sebab program ni bagus. Kalau nak rasuah kena bagi RM200 + penginapan. Itu baru tak kena gaya. Bukan RM6.
Tak nak plak ko tulis berapa kehadiran rakyat Melaka ketika program tu???