Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata PAS komited untuk
menubuhkan sebuah kerajaan berkebajikan bersama-sama dengan Pakatan
Rakyat(PR) jika pakatan tersebut berjaya merampas Putrajaya selepas
Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
"PAS komited untuk menubuhkan negara berkebajikan atau dalam Bahasa
Inggeris disebut sebagai 'a nation with care and opportunity' yang
mementingkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat"
"Kita yakin dapat mengamalkan beberapa pendekatan yang akan
meringankan beban rakyat antaranya pendidikan percuma, menghapuskan
tol, menurunkan harga minyak dan lain-lain" ujar Salahuddin yang juga
merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Beliau berkata demikian pada ceramahnya di Kampung Pengkalan Ranggam
Kandang di Dun Ayer Molek dekat sini malam tadi.
Menurutnya BN cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan bahawa negara
akan bangkrap jika dasar-dasar PR dilaksanakan namun PR yakin ianya
mampu dilaksanakan tanpa menjejaskan kedudukan kewangan negara.
"BN tidak yakin dengan dasar-dasar kita kerana mereka ingat PR sama
seperti mereka yang boros, kronisme, mengamalkan rasuah,
menyalahgunakan kuasa dan sebagainya"
"Di bawah pemerintahan BN berlaku ketirisan puluhan bilion ringgit,
hutang kroni dihapuskira, rasuah berleluasa yang semuanya menyebabkan
duit negara hangus begitu sahaja" tambah Salahuddin.
Menyentuh tentang perkembangan politik terkini, Salahuddin yakin
Pakatan Rakyat akan membuat kejutan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
"Orang Cina terus memberikan sokongan ketara kepada PR malah ianya
bertambah meningkat, orang Melayu mula sedar tentang penyelewengan dan
kegagalan Umno/BN memerintah negara, manakala Orang India mula kembali
menyokong PR".
"Kejayaan kita memerintah empat buah negeri iaitu Selangor, Pulau
Pinang, Kelantan dan Kedah membuka mata rakyat untuk memberikan
sokongan kepada kita dan mereka sebenarnya tidak sabar-sabar untuk
menghukum BN pada PRU 13 nanti"ujar Salahuddin.
Malah menurutnya, ketelusan, keikhlasan dan integriti
pemimpin-pemimpin di empat buah negeri tersebut memberikan peluang
kepadfa rakyat membuat perbandingan dengan pemimpin-pemimpin Umno/BN
di peringkat pusat dan negeri.
Beliau berkata oleh kerana Perdana Menteri menyedari bahawa sokongan
kepada BN semakin merosot maka beliau tidak berani membubarkan
parlimen sehingga ke hari ini.

Comments