'LEFTENAN ADNAN' PULA MASUK PAS

Pelakon Hairee Othman yang pernah memegang watak Leftenan Adnan dalam sebuah filem pula menyertai PAS. Majlis penyerahan borang keahlian PAS akan dilangsungkan pada satu majlis di Taman Melewar 6 Julai ini.

Rakan beliau pelakon Zulkifli Ismail (Boss Inspektor Haliza) juga akan turut sama menyerahkan borang menyertai PAS pada program tersebut.

Malam tadi Hairee Othman (gambar) tampil menyampaikan ceramah sulungnya di atas pentas PAS pada program anjuran PAS Kawasan Batu Gajah.

Adalah dijangkakan selepas ini lebih ramai lagi artis akan menyertai PAS kerana mereka telah sedar bahawa PAS sahajalah satu-satunya parti yang berjuanga atas landasan Islam sebenar.

Comments