GEMPAR : KERAJAAN MELAKA SOROK BAS?

Oleh kerana malu dan takut dilihat oleh Boss besar mereka iaitu Najib Razak, kerajaan Melaka terpaksa menyorokkan bas-bas buruk yang tersadai kepunyaan anak syarikatnya PMCT Sdn Bhd. Bas-bas tersebut yang sebelum ini tersadai di Stesyen Bas Melaka Sentral telah dialihkan ke Dataran Klebang bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar di hadapan Perdana Menteri  Najib Tun Abdul Razak yang dijangka akan membuat lawatan ke Melaka esok bagi merasmikan program UTC (Urban Tranformation Centre) peringkat Negeri Melaka.

Bas-bas buruk itu sebenarnya sudah lama tersadai di Melaka Sentral kerana rosak, tiada road tax, tiada kelulusan Puspakom dan sebagainya. Ternyata perkhidmatan bas henti-henti di negeri ini semakin buruk selepas diambilalih oleh kerajaan negeri melalui anak syarikatnya iaitu PMCT Sdn Bhd.

Jelas sekali kerajaan negeri cuba menutup pekung di dada mereka dengan menyembunyikan bas-bas tersebut sedangkan mereka tidak sedar bahawa isu ini telah diketahui umum dan tersebar ke seluruh negara.


Inilah sikap pemimpin Umno/BN yang hanya tahu menyorokkan segala keburukan dan kegagalan mereka tetapi tidak mahu berusaha bagi menyelesaikan masalah sebenar yang timbul akibat kegagalan PMCT Sdn Bhd mengendalikan sistem pengangkutan awam ini. 

Apakah dengan menyorok bas ini ianya akan menyelesaikan masalah rakyat yang menggunakan bas henti-henti sebagai pengangkutan utama mereka untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Banyak rungutan yang diterima menyatakan bahawa bas Panorama kendalian PMCT ini tidak memberikan perkhidmatan yang baik di mana penumpang terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan bas malah situasi di mana bas terus tidak datang.


Sumber : Blog Yusofwahab.

Comments