GEMPAR : BANGUNAN RUNTUH LAGI DI TERENGGANU ......

Apa nak jadi dengan Terengganu, runtuh sana runtuh sini. Sinar Harian petang ini melaporkan bahawa sebuah astaka yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih (gambar) di Besut runtuh jam 1.30 petang tadi menyebabkan enam pekerja warga Indonesia terperangkap dalam runtuhan.

Sehingga jam 3 petang, seramai empat pekerja berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.

Pasukan penyelamat masih bertungkus lumus untuk mengeluarkan dua lagi mangsa yang masih terperangkap.


Kita mengharap suatu siasatan terperinci dijalankan dan semua sebab musabah, sebarang unsur penyelewengan atau rasuah jika ada hendaklah diumumkan kepada rakyat. Sesiapa yang terlibat dengan sebarang kesalahan yang berkaitan mesti dihadap ke muka pengadilan, jangan senyap seribu bahasa ...........

Comments