BN GELISAH : PEMUDA PR MELAKA TEKAD TAWAN MELAKA

Perpaduan dan kerjasama satu pasukan Pakatan Rakyat Negeri Melaka semakin erat dari masa ke semasa. Semalam satu lagi program besar menggabungkan ketiga-tiga parti komponen PR di Melaka diadakan di mana Himpunan Pemuda PR Melaka telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang.

Ketiga-tiga pimpinan Pemuda Pr di peringkat pusat telah turun padang ke Melaka membuktikan keutuhan dan kesepaduan kerja antara mereka.

Ketua DAPSY Pusat, YB Anthony Loke, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin hadir memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada petugas-petugas pemuda PR Melaka.

Program yang dijalankan di Dewan Pejabat PAS DAP Melaka dihadiri lebih dari 300 petugas pemuda dan pimpinan PR setempat.

Dalam ucapan masing-masing, ketiga-tiga pimpinan tertinggi pemuda ketiga-ketiga parti melahirkan keyakinan bahawa PR akan menumbangkan BN pada PRU 13 nanti seterusnya membentuk sebuah kerajaan baru di Putra Jaya.

Hadir sama pada program tersebut ialah Ketua DAPSY Melaka, Tey Kok Kiew, Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah dan Ketua AMK Melaka, Law Bing Haw.

Sumber Gambar : TV PAS Melaka

Comments