Rakyat negeri Melaka diseru untuk bersama-sama menyertai program Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri Melaka pada 24 Jun 2012 di perkarangan Surau Ustaz Ali di Permatang Pasir, Alai.
Program tersebut akan bermula pada jam 4.30 petang hingga 12 tengah malam.
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka, Asri Shaikh Abdul Aziz (Gambar) dalam kenyataannya pagi ini menjemput seluruh rakyat Melaka untuk sama-sama menunjukkan solidariti dan perpaduan bersama-sama PAS dan PR menyelamatkan negara ini dari rasuah, penyelewengan, pembaziran dan kezaliman.
"PAS Melaka menyeru seluruh rakyat negeri Melaka tanpa mengira bangsa, agama, ideologi politik dan sebagainya untuk berkumpul pada Ahad ini bagi menyatakan tekad dan keazaman untuk membentuk sebuah kerajaan baru di Putrajaya bagi menggantikan Umno/BN".
"Kerajaan pusat yang ada pada hari ini sudah terlalu lama memerintah yang menyebabkan mereka sudah tersasar jauh dari menjadi sebuah kerajaan yang telus, bersih dan bebas rasuah" ujar Asri.
Beliau berkata rakyat Melaka mesti memberikan isyarat kepada kerajaan Umno/BN supaya mereka sedar bahawa rakyat sudah muak dan menunggu masa untuk menukar kerajaan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Menurut Asri pelbagai program telah diatur untuk himpunan tersebut antaranya konvoi motorsikal Alternative Riding Club (ARC), persembahan dari Iwan Syahman, Hafiz Bandboyz, bacaan ikrar dan bai'ah, munajat perdana serta amanat dari Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu.
"Pimpinan Pakatan Rakyat negeri Melaka juga akan sama-sama memeriahkan himpunan tersebut dan kita juga mempelawa seluruh ahli dan penyokong parti komponen PR untuk turut sama memeriahkan himpunan yang julung kali diadakan ini".
"Perpaduan dan soladiriti penggerak PR dan rakyat Melaka Insya Allah akan menghasikan suatu gerakan yang mampu menumbangkan kerajaan BN Melaka dan Pusat bagi menyelamatkan negara kita" tambah Asri yang juga merupakan Setiausaha PAS Kawasan Masjid Tanah.
Program himpunan tersebut yang pada peringkat awalnya dicadangkan di Stadium Hang Tuah akhirnya terpaksa dipindahkan ke Permatang Pasir kerana permohonan untuk menggunakan stadium tidak diluluskan kerana ia digunakan untuk pertandingan Bolasepak Piala AFC bawah 22 tahun.

Comments