Umno mendakwa bahawa tahun ini mereka menyambut ulang tahun kelahiran parti itu kali ke 66. Namun tidak ramai yang perasan dan ingat bahawa Umno yang ada pada hari ini adalah Umno Baru yang didaftarkan semula pada tahun 1987. Umno yang ada sekarang adalah United Malay National Organization (Baru) bukan lagi Umno asal yang ditubuhkan pada tahun 1946.
Umno asal telah meninggal dunia pada tahun 1987 diharamkan oleh Mahkamah kerana pertelingkahan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah. Akhirnya Dr Mahathir terpaksa mendaftarkan semula sebuah parti baru yang menggunakan nama United National Malay Organization Baru.
Umur United Malay Organization (Umno) Baru sebenarnya ialah 25 tahun. Jadi ulangtahun yang diraikan sepatutnya bukan kali ke 66 tetapi kali ke 25. Umno Baru sepatutnya tidak menutup sejarah sebenar. Tengku Razaleigh sepatutnya menceritakan hal ini kepada generasi muda Umno dan semua ahli Umno supaya mereka sedar bahawa mereka telah ditipu oleh pemimpin Umno yang ada pada hari ini.
Jadi jika Umno mendakwa bahawa tahun ini adalah ulangtahun ke 66 maka terbukti parti itu menipu rakyat dan cuba memutarbelitkan fakta sebenar.
Umno sepatutnya meletakkan perkataan baru dihadapan nama Umno kerana nama sebenar Umno sekarang ialah Umno Baru.
Blog ini menggesa Pendaftar Pertubuhan supaya memastikan Umno meletakkan perkataan BARU dihujung nama United Malay National Organization (Umno). Jika Umno berdegil pihak Pendaftar Pertubuhan boleh mengambil tindakan ke atas yang memakai nama Inggeris tersebut..
Comments