UMNO DAH LAMA MENINGGAL PADA UMURNYA 41 TAHUN

Umno sebenar iaitu Umno Lama sudah lama meninggal dunia iaitu pada umurnya 41 tahun pada 1987 setelah diharamkan oleh Mahkamah. Umno yang ada sekarang adalah Umno Baru yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir. Jadi sambutan ulangtahun ke 66 ini adalah satu penipuan dan penyelewengan fakta sejarah yang jelas.

Sambutan ini sepatutnya adalah ulangtahun ke 25 bukannya ke 66. Jelas sekali pemimpin Umno menipu ahlinya dan rakyat Malaysia. Fakta sejarah mereka selewengkan hanya kerana tidak mahu mendapat malu bahawa mereka adalah parti baru yang tidak matang sesuai dengan perangai dan tindak tanduk mereka sekarang yang kebudak-budakkan dan tidak bertamadun.

Generasi baru mungkin tidak sedar bahawa Umno yang diasaskan oleh Dato Onn pada 1946 sudah berkubur tanpa nesan di Kuala Lumpur lantaran pergaduhan antara Ku Li dan Dr Mahathir. Kerana tamakkan kuasa Dr Mahathir sengaja membiarkan Umno Lama diharamkan bagi menghapuskan Ku Li dan kuncu-kuncunya dalam Umno. Akhrinya Ku Li menubuhkan Semangat 46 sebelum Ku Li kembali melutut kepada Dr Mahathir.

Kita ingin ingatkan Umno dan pemimpinnya supaya tidak memutarbelitkan sejarah. Lambat laun rakyat akan sedar.

Selamat menyambut Ulang tahun ke 25 untuk UMNO BARU.

Comments

Anonymous said…
Bhai,

Satu lagi fakta yang perlu didedahkan kepada orang melayu ialah sejak UMNO BARU memasuki sabah syarat keahlianya telah diubah dari 100% melayu kepada terbuka kepada semua bumiputra, tak kira melayu atau tidak, Islam atau tidak.

Sebab itu jika kita semak daftar ahli UMNO BARU kat Sabah, terdapat ramai ahlinya terdiri dari bumiputra bukan melayu dan bukan Islam.Seketua bahagian penampang sekarang bernama john ambrose seorang kristian bukan melayu.Jadi sekarang ini UMNO BARU bukan lagi parti melayu 100% tetapi telah menjadi PARTI BUMIPUTRA 100% seperti parti taib mahmud di sarawak.

Sebab itu juga baru-baru ini, sekumpulan masyarakat siam di kedah telah menubuhkan cawangan UMNO BARU.

Memandangkan UMNO BARU kini telah menjadi sebuah parti bumiputra, slogan perjuangan melayu dan Islam sudah tidak relevan lagi. Kalau berjuang untuk ketuanan melayu sahaja bermakna UMNO BARU menipu ahli-ahlinya di Sabah yang terdiri dari kaum bumiputra bukan melayu dan siam kat kedah.

Begitu juga jika berjuang untuk mendaulatkan ugama Islam. Apakah akan lain-lain ugama yang dianuti oleh kaum bimiputra bukan melayu lain yang berugama bukan Islam?

Apakah rela ahli-ahli UMNO BARU dari kaum bumiputra bukan melayu dan bukan Islam ini menyokong perjuangan mendaulatkan Islam dan sekaligus memperlekehkan kepercayaan ugama anutan mereka?

Sebagaimana UMNO BARU menggunakan hantu UMNO LAMA untuk menipu orang melayu untuk memberikan sokongan kepada parti UMNO BARU, begitu juga Islam digunakan dengan cara paling kotor semata-mata untuk mendapat sokongan orang melayu dengan cara menipu.


Ini satu lagi fakta yang perlu diketengahkan sekarang ini kepada masyarakat melayu.

bat8
Anonymous said…
hapy besday umno baru+a
Anonymous said…
disabah mula mula umno masuk dan belum kuat lagi ketua menteri bergilir dikalangan parti parti kompenan tapi bila dia sudah kuat kerusi itu menjadi miliknya. umno bukan lagi parti melayu yg dilaung laungkan tetapi juga parti itu bukan parti nasional, di sarawak parti itu benih pun tak dak. ini lah hakikat parti umno yg pemimpinnya cakap berdegar degar.
Anonymous said…
Fakta PAS

pun buka keahliana kepada bukan ISLAM

orang agama Hindu, Buddha & kristian pun boleh jadi ahli PAS.