Siapakah yang menuduh Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai 'Bapa Kafir'. Di dalam New Straits Times (NST) dengan jelas dinyatakan bahawa bekas penjenayah Rahim Noor yang melabelkan Tok Guru dengan gelaran itu. Tetapi tidak semena-mena Rahim Noor menafikannya pula. Beliau berkata bahawa tiada ungkapan sedemikian diungkapkan oleh lidah tidak bertulangnya. Lidah penjenayah ini mungkin bercabang atau tidak bercabang. Dalam kes 1998 dahulu pun tiada orang yang mengaku memukul Anwar separuh mati.
Penulis ruangan NST itu yang bernama Rahmah Ghazali juga menafikan beliau menulis sedemikian. Habis itu siapa yang tulis. Adakah komputer di Pejabat NST boleh menulis sendiri artikel di ruangan tersebut. Bukankah sebelum ianya hendak dicetak ia akan diedit dan disemak oleh Editor, Pengarang dan Ketua Pengarang.
Jadi kalau semua orang tidak mengaku, siapa pula yang menulis dan meluluskan ianya diterbitkan. Pelik bin ajaib.
NST bukannya surat khabar setahun jagung. Ia sudah puluhan tahun memfitnah dan membuat cerita bohong. Mustahil ianya diluluskan terbit tanpa restu orang besar NST. Atau memang ada konspirasi jahat untuk menjatuhkan maruah Tok Guru.
Fitnah ini memang tidak besar jika hendak dibandingkan dengan fitnah liwat dan zina Anwar Ibrahim serta skandal Azmin Ali. Namun implikasi dan impaknya besar terhadap agama dan politik negara.
Kita harap orang yang bersalah ini tampil ke hadapan memohon maaf kepada Tok Guru dan seluruh dunia khususnya kepada semua pembaca NST.
Sementara itu anak-anak murid Tok Guru dan rakyat Kelantan Marah dengan tuduhan akhbar pencacai Umno, New Strait Times tersebut.
Mereka telah membakar replika akhbar berkenaan di Dataran Ilmu, Kota Bharu hari ini.
Pembakaran itu diketuai Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud di Medan Ilmu, tempat umat Islam berkumpul mendengar kuliah pagi Jumaat yang kebiasaannya disampaikan Tok Guru Nik Aziz.
Pembakaran itu sebagai membantah kenyataan Tan Sri Rahim Noor yang mendakwa 'Nik Aziz is father of kafir' yang disiarkan di muka 6 NST 8 Mei lepas. (gambar)

Pada pandangan agaknya siapa yang bertanggungjawab menuduh Tok Guru Bapa Kafir.
Comments