TAHUKAH ANDA BERAPA UMNO/BN BELANJA UNTUK HIMPUNAN ULANG TAHUN 25?

Bas disediakan, duit poket diberi, belanja persediaan tempat program, makan minum semua tanggung, %$%^ cangkung, campur tolak campur tolak, agaknya berapa Umno belanja untuk program tersebut. Cuba anda bayangkan. Dari mana Umno dapat duit jutaan ringgit itu. Cuba congakan?

Kalau duit poket, makan minum free, bas free tidak disediakan agaknya dapat atau tidak mereka kumpul jumlah seramai kira-kira 60,000 - 80,000 orang itu. Itupun jauh lebih kecil berbanding himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Tahukah anda bahawa 2,800 buah bas digunakan untuk mengangkut sebahagian ahli dan penyokong Umno. Kalau tak ada bas free macam ini alamatlah banyak kerusi kosong pada malam tadi.Dengan 2,800 buah bas boleh mengangkit kira-kira 11,000 orang.

Bukan main terujanya Ah Jib Gor. Pada hal dia tak tahu bahawa ramai yang datang itu dapat melancung free bukannya hendak sangat datang ke Stadium Bukit Jalil itu. Ada yang paksarela, dapat duit boleh juga datang.
Kesian Najib ditipu oleh anak buahnya sendiri.

Najib juga menipu anakbuahnya kerana ulang tahun Umno tahun ini bukannya kali ke 66 sebab Umno yang ada ini adalah Umno Baru yang umurnya baru 25 tahun. Umno yang berumur 66 tahun itu sudah meninggal pada tahun 1987 diharamkan oleh Mahkamah pada umurnya 41 tahun.


Comments