Oleh kerana fobia dan takut dengan warna kuning Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menukar warna kuning yang menjadi warna rasminya dalam pilihan raya umum akan datang kepada warna lain.
Mungkin SPR akan gunakan warna biru macam BN atau warna Merah macam Umno.
Kalau pada PRU 12 kita lihat petugas SPR khasnya yang menjadi petugas Barung memakai T-Shirt warna kuning.
Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar membuat pengumuman dalam sebuah majlis selepas didesak peserta bagi melakukannya.
"Kita akan pilih warna yang berkecuali. BERSIH sudah huru harakan negara dengan warna kuning," kata Wan Ahmad yang sememangnya cukup anti dengan Pakatan Rakyat.
Ternyata SPR takut untuk menggunakan warna kuning takut nanti dikatakan cenderung kepada Bersih. Mungkinkah juga SPR diarah oleh pihak tertentu sehingga takut kepada warna. Kita tahu sebelum hanya Umno/BN yang takut kepada warna sehingga menukar logo Petronas dan baju seragam sekolah agama yang berwarna hijau.
Mengapa pada PRU 2008 dahulu SPR boleh menggunakan warna kuning sedangkan Bersih 1.0 dan 2.0 juga telah menggunakan warna kuning sebagai warna tema mereka.

Comments