SEORANG LAGI BEKAS TIMBALAN MENTERI SERTAI PAS?

Sekarang ini musim artis, seniman, bekas menteri, bekas Timbalan Menteri, bekas JKKK,  bekas Pegawai Polis, Panglima Tentera masuk PAS.

Jika anda semua tidak bersama mereka menyertai PAS maka anda akan ketinggalan. Terbaru seorang lagi bekas Timbalan Menteri sedang berkira-kira untuk menyertai PAS dan bertanding atas tiket PAS pada PRU 13 nanti. Benar atau tidak tidak dapat dipastikan. Malah kita juga tidak tahu apakah kenyataan yang dibuat oleh bekas pimpinan Umno itu benar atau tidak.

Blogger Sharpshooter menulis bahawa dua hari lalu ketika sharpshooter ziarah Pak Njang Othman di ICU KPJ Perda Bukit Mertajam, tiba-tiba bertemu mantan timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Mohd Shariff Omar yang juga pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang. 

Beliau bercerita tentang beberapa pimpinan PAS telah menemuinya dan menawarkan untuk bertanding di Parlimen Tasek Glugor atas tiket PAS. 

Lalu Sharpshooter bertanya "Dato' setujukah? " Beliau menjawab sedang berfikir dan akan pertimbangkan. 

Pada 2008, beliau tidak dipilih mempertahankan kerusi parlimen Tasek Glugor dalam pilihanraya umum 8 Mac 2008, beliau juga pernah menafikan desas-desus yang beliau akan menyertai PKR. 

Beliau juga tidak dipilih mempertahankan kerusinya untuk memberi laluan kepada menteri kewangan kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertanding di situ. 

Shariff telah berkhidmat di kawasan berkenaan selama 26 tahun - tiga penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan tiga penggal sebagai ahli parlimen. 

Katanya lagi beliau juga rasa kesal dengan apa yang berlaku pd MP Tasek Glugor sekarang terutamanya kes Pembantunya Hasbi yang ditangkap oleh SPRM kerana memiliki wang tunai hampir 2 juta. Rakyat tahu duit siapa dan rakyat ketawa bila baca tuduhan yang dibuat di Mahkamah. 

Beliau juga tempelak umno yang guna isu peribadi menyerang Anwar dan Azmin apatah lagi bila umno gunakan Umi Hafilda, Zahit Mat Arip, Anuar Shaari dan yang lain lagi kerana katanya "mereka-kereka ini tidak ada integriti, rakyat tak percaya cakap mereka" katanya rancak berbicara. 

Mungkinkah benar desas desus esok Najib akan mengadap Agong dan akan bubar Parlimen pada 11 Mei 2012? Sama-sama kita tunggu... 

Comments