Kerajaan semalam menarik balik cadangan pindaan kepada Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 kerana Umno/BN baru sedar bahawa ianya tidak menguntungkan BN jika terus dilaksanakan.
Ketika Rang Undang-undang ini dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini, Umno/BN tidak sedar ada beberapa yang merugikan mereka.
Selain itu RUU ini ditarikbalik bagi mengambil hati rakyat Malaysia yang turun membantah sistem pilihanraya Malaysia 28 April lalu yang menyaksikan kira=kira 250,000 orang hadir di Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya.
Semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz berkata keputusan itu dibuat jemaah menteri selepas mengambilk kira maklum balas dan bantahan dari pelbagai pihak terhadap rang undang-undang itu.
Keputusan itu juga menurutnya dipersetujui pembangkang dan Suruhanjaya Pilihan Raya selepas satu pertemuan selama sepuluh minit hari ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang yang berkata Pakatan Rakyat menyokong penuh langkah kerajaan menarik rang undang-undang itu.
"Apa yang penting, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu pertimbang cadangan BERSIH.
"Kita masih jauh lagi dari mengecapi pilihan raya yang bebas dan adil," kata penasihat DAP itu lagi.
Penarikan balik rang undang-undang di peringkat Dewan Negara, yang amat jarang berlaku, dibuat dua minggu selepas perhimpunan BERSIH 3.0 di mana kira-kira 100,000 orang turun menuntut pilihan raya bebas dan adil serta berdepan dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.

Comments