PENEROKA KENA SEMBELIH : NAJIB BAGI DUIT PENEROKA SENDIRI

Tahukah anda dari mana Najib dapat duit sebanyak RM1.69 bilion untuk di'sedekah'kan kepada peneroka. Adakah duit itu duit kerajaan BN; duit Umno/BN atau duit Najib.?

Ternyata Felda telah memperdayakan peneroka dengan pemberian tersebut yang berjumlah RM15,000 satu keluarga.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman membongkar rahsia dari mana wang sebanyak itu diperolehi. Wang tersebut ialah wang hasil dari Felda Plantation di seluruh negara. Menurut Mazlan pada kebiasaannya wang hasil Felda Plantation akan diserahkan kepada Felda Plantation dahulu, setelah ditolak segala kos berkaitan barulah wang tersebut dihantar ke Ibu Pejabat Felda. Tetapi sejak beberapa bulan lalu, wang dari semua Felda Plantation dihantar terus ke Ibu Pejabat di Kuala Lumpur.

Mazlan berkata wang inilah yang digunakan oleh Najib dan Felda untuk diagihkan kepada peneroka seluruh negara. Maknanya duit yang peneroka dapat itu adalah duit peneroka sendiri bukannya duit kerajaan Umno/BN.

Sementara itu, Mazlan berkata amat malang sekali kerana peneroka-peneroka felda menerima bulat-bulat surat perjanjian antara bank peminjam dengan peneroka tanpa memahaminya. Semua surat perjanjian itu adalah dalam Bahasa Inggeris dan peneroka tidak memahaminya. Mereka menandatanganinya secara membuta tulis.

Malah menurut Mazlan surat perjanjian itu juga memuatkan klausa di mana jika saham itu rugi, kerugian itu akan ditanggung oleh peneroka. Bagaiman jika peneroka gagal membayar pinjaman bank tersebut, maka sudah tentu tanah akan tergadai ...

Comments

Anonymous said…
Pi mai..pi mai cam tu jugak...
Kena bodo lagi peneroka2