Kerajaan BN Ah Jib Gor memang benar-benar terdesak. Semua badan, organisasi, orang perseorangan, pegawai-pegawai 'Expired' dan lain-lain digunakan untuk mereka memulihkan sokongan rakyat kepada Umno/BN.
Majlis Fatwa tidak semena-mena mengeluarkan fatwa berkaitan perhimpunan. Sebelum ini sudah ratusan perhimpunan diadakan oleh pelbagai pihak tetapi tiadalah fatwa dikeluarkan. Ada perhimpunan yang terang-terang disulam dengan kata-kata menghasut, mengugut dan ganas seperti laungan langkah mayat aku; kami mahu darah; berambus balik ke negara asal dan sebagainya. Ada perhimpuna yang menghina agama lain dan bangsa lain seperti perhimpunan membawa kepala lembu; tahi lembu dan sebagainya. Malah semasa Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 tiada fatwa dikeluarkan.
Kouta Haji juga nampaknya digunakan untuk memburuk-burukkan Bersih 3.0. Kerajaan Ah Jib Gor mengugut bahawa kemungkinan rakyat Malaysia akan dihalang dari mengerjakan haji atau kouta kita dikurangkan hanya kerana berlakunya perhimpunan Bersih 3.0 di Madinah dan Mekah.Kerajaan Arab Saudi diberitakan memandang serius perkara itu. Sepatutnya Kerajaan Ah Jib Gor bukannya menakutkan umat Islam tentang perkara ini, tetapi tugas mereka sewajibnya ialah meyakinkan kerajaan Saudi bahawa perhimpunan itu tiada kaitan dengan Arab Spring atau politik Arab Saudi tetapi ianya bertujuan untuk reformasi Pilihanraya di Malaysia. Jelas Kerajaan Ah Jib Gor cuba menangguk di air keroh.
Dewan Bandaraya KL juga bertindak dengan keras sebelum, semasa dan selepas Bersih 3.0. Apa yang dapat kita lihat ialah Dewan Bandaraya KL menjadi agensi yang jelas berpihak. Mereka lupa bahawa hanya satu Parlimen sahaja dalam Wilayah Perseketuan yang dimenangi oleh BN yang lain semuanya dikuasai PR.
Tidak semena-mena manusia-manusia 'expired' seperti Rahim Noor, Hanif Omar dan lain-lain timbul semula mengeluarkan kenyataan-kenyataan nakal yang memualkan. Bayangkan ada pihak yang menuduh dan melabelkan Tok Guru Nik Aziz sebagai 'bapa kafir'. Semua mereka ini menghentam dan memburuk-burukkan Bersih 3.0 tanpa merujuk kepada niat dan objektif mengapa Bersih 3.0 dibentuk dan mengapa himpunan itu diadakan.
Jelas sekali Umno/BN begitu tertekan dengan Bersih 3.0. Mereka sedang cuba mengurangkan kesan negatif yang sedang mereka alami dengan memperkuda berbagai agensi.
Comments