PARTI SEKS TIMBULKAN FITNAH BARU

Memang dasar parti seks. Berjuang pun menggunakan fitnah seks. Bila jiwa sudah kotor maka berjuang pun cara kotor. Mana mungkin orang kotor boleh berjuang cara bersih. Fikiran kotor otak kotor strategi dan aktiviti semua kotor-kotor. Orang kotor mana suka Bersih. Bila orang buat program Bersih dia kutuk dan fitnah sebab mereka memang suka kotor. Orang suka kotor namanya pengotor.

Sebab itu isu skandal seks ini tidak habis-habis. Itu sahaja cara mereka untuk memburukkan pimpinan PR selain dari memalingkan isu sebenar yang sedang menghantui mereka. Pengotor spin berita supaya rakyat menumpukan perhatian kepada cerita-cerita fitnah seks. Pengotor tidak kisah dosa pahala yang penting matlamat menghalalkan cara.

Pengotor menayangkan video porno ke merata ceruk kampung tanpa rasa malu dan segan. Mereka tayang video porno semasa ceramah di hadapan imam, khatib dan noja juga bilal, mak cik pak cik, budak kecil dan anak dara. Video porno fitnah Anwar jadi bahan kempen burukkan PR.

Kini gambar Azmin Ali pula. Mereka muatkan dalam berita dan surat khabar. Mereka tidak kisah dosa pahala halal haram....semua boleh Halam bagi mereka. Agaknya tidak berdosa dan halal.

Video porno dan gambar lucah jadi modus operandi untuk mereka menang pilihanraya. Mereka tidak kisah budak kecil dan remaja rosak dan runtuh akhlaq kerana menonton video ini. Mungkin sebab pimpinan mereka pun pelakon video porno jadi tidak hairanlah video dan gambar porno jadi bahan kempen.

Rakyat mesti bangkit tolak kaki porno, kaki lucah dan hamba-hamba seks ini. Mungkin parti mereka ada Biro Seks agaknya .............

Comments

PenganutPAS said…
nanti nik aziz dan PAS akan keluar fatwa baru bagi membela Azmin ali