.

.

09 May 2012

PANTUN BUAT NAJIB

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Gunung Daik Sukar Di Daki
Jangan Tangguh Jangan Berlengah
Bubar Parlimen Kalau Berani

Dagang Pak Malau Dagang Merempat
Dagang Hamba Mengkuang Layu
Puas Sudah Menipu Rakyat
Kini Tiba Giliran Kamu

Pisang Emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang Emas boleh di bayar
Hutang PTPTN di bawa Mati

Sorang Papan Tarik Papan
Buah Keranji Dalam Perahu
Suruh Makan Rakyat Makan
Suruh Undi Belum Tahu

Pulau Pandan Jauh Di Seberang
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Disepak Diterajang
Keganasa Kezaliman Tidak Ku lupa

Buah Keranji Dalam Perahu
Buah Duku Dalam Saku
Pemimpin Bermewah Tidak Menentu
Rakyat sengsara Siapa Yang Tahu

Gunung Daik Cantik Di Mata
Gunung Korbu Penuh Salju
Beli Cincin 24 Juta
Kenduri Bertunang Ratusan Ribu

Peneroka Felda Kena Tipu
Labur Saham Untung Tak Tentu
Pemerintah Zalim Tipu Menipu
PRU 13 Jadi Baru Kau Tahu

Bersambung ..........


No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter