PANAS!! ABDUL AZIZ YUSOF MASIH AHLI UMNO, SILA LETAK JAWATAN PENGERUSI SPR SEKARANG

Setiausaha Agung PKR hari ini menyatakan bahawa kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz bahawa keahlian Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof sebagai ahli Umno sudah terbatal adalah tidak benar.


Saifuddin berkata dari pengalaman beliau sebagai bekas Setiausaha Pemuda Umno Malaysia, seseorang yang mendaftar sebagai ahli Umno perlu membayar 2 jenis yuran. Pertama yuran keahlian yang perlu dibayar sekali sahaja.


Saifuddin  berkata satu lagi ialah yuran tahunan di mana pembayaran yuran tahunan ini membolehkan seseorang ahli hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan.


Menurut Saifuddin walaupun Abdul Aziz tidak membayar yuran tahunan dia tidak menyebabkan keahlian Abdul Aziz terbatal, yuran tahunan hanyalah untuk membolehkan seseorang hadir pada mesyuarat agung Umno.

Dengan itu adalah jelas bahawa Abdul Aziz masih ahli Umno dan dengan sendirinya jawatannya sebagai Pengerusi SPR terlucut berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 114.

NONE
Saifuddin berkata keahlian seseorang ahli Umno hanya terlucut jika Umno memecat ahlinya atau ahli itu sendiri yang memohon untuk berhenti dari menjadi ahli Umno.


Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar di Bangunan Parlimen hari ini.

Dalam kenyataannya Nazri memberitahu bahawa keahlian Abdul Aziz dalam Umno telah terbatal kerana beliau gagal membayar yuran keahliannya selama beberapa tahun.


Jelas Nazri Aziz cuba mengelirukan rakyat dengan kenyataan tersebut.



Hakikatnya Abdul Aziz masih ahli Umno dan beliau mesti berundur dari jawatannya sekarang juga.

Comments

Anonymous said…
Eh.. sama la macam aku. Aku pun dikira ahli UMNO juga la lagi sebab belum pernah dipecat atau berhenti. Tapi tak pernah pun aku bayar yuran tahunan.
Cumanya nak harap aku sokong UMNO lagi mintak mahap la ye..