MALAYSIA PELIK : GANGSTER KAKI PUKUL TIDAK DIDAKWA DAN DIHUKUM

Pelik bin Ajaib itulah yang berlaku di Malaysia. Begitu banyak sekali video, gambar dan saksi hidup melihat bagaimana kumpulan manusia menendang, menyepak. menerajang dan memukul orang perseorangan berlaku pada 28 April lalu di Kuala Lumpur. Tetapi yang peliknya tidak ada seorang pun kaki pukul dan gangster itu ditangkap dan dihukum setakat.

Gangster itu seolah-olah mendapat lesen dan boleh memukul sesuka hati sehingga ramai yang cedera parah. Bukan sahaja pemuda yang dipukul orang tua dan wanita juga turut sama jadi mangsa. Kesalahan mereka tidak pula diketahui kerana mereka sesetengahnya sedang dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing.

Gangster itu bukan sahaja memukul dengan kaki tangan mereka malah dengan cotar dan apa sahaja yang mereka ada. Pelik bin Ajaib gangster itu tidak dipersalahkan malah orang yang kena pukul pula yang bersalah.

Inilah Malaysia Pelik Bin Ajaib.

Comments