INI HADIAH POLIS UNTUK PESERTA BERSIH

Pemuda ini, Asrul Wadi Ahmad, 26 dari Pulau Pinang telah mendapat 'hadiah' dari Polis semasa Himpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.

Beliau dihadiahkan dengan sebutir kelongsong gas pemedih mata di mata beliau.

Siapa ganas dan siapa yang bersalah.?


Asrul menceritakan, apabila sampai ke kawasan Masjid Jamek pasukan polis sudah ramai berasak-asak mencari mangsa untuk ditangkap.

Beliau mengelak dari bertembung dengan polis dan memasuki perkarangan masjid untuk menunaikan solat Zohor.

Tetapi dalam masa yang sama terserempak dengan ayahnya (Ahmad) sambil memberikan sebotol mineral supaya ayahnya dapat membasuh muka akibat terkena asap pemedih mata.

"Bila saya bagi air mineral kepada ayah agar dibasuh mukanya kelihatan orang ramai makin berasak-asak memasuki di bahagian depan masjid menyebabkan ayahnya hilang dari pandangan.

“Jadi, saya terus cari ayah dan keluar kembali ke hadapan masjid tiba-tiba terasa sakit yang amat sangat di bahagian mata kanan.  Saya terlentang dalam keadaan separuh sedar," jelas beliau.

Setelah di rawat di HKL beliau dibenarkan keluar untuk membuat laporan polis di sebuah balai dengan harapan pihak polis mengadakan siasatan terhadap kejadian yang menimpanya.

Beliau dimasukan ke Hospital Bukit Mertajam setelah kembali ke Pulau Pinang dan berada di Wad 4 Bahagian Mata mulai hari Ahad lepas setelah menerima beberapa jahitan di tepi kelopak mata.

Antara kepimpinan PAS negeri yang menziarahinya termasuk Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Khalid Man, setiausaha, Mohd Nor Harun dan Setiausaha PAS Kawasan Tasek Gelugor, Zamri Darus.

Harakahdaily

Comments

Anonymous said…
kamu pejuang Dik... Memang zalim PDRM.. Moga Allah memberikan balasan yang setimpal dengannya..