Kebanyakan manusia suka menjadi muda. Kalau memang diri kita muda eloklah kita muda. Jangan pula mengaku tua. Tetapi kita pun tidak tahu mengapa Umno suka menjadi tua. Umno yang ada sekarang sebenarnya baru berumur 25 tahun tetapi mengaku sudah tua bangka iaitu 66 tahun.
Umur 66 tahun adalah umur di mana kubur kata mari rumah kata pergi. Mungkin Umno memang sudah insaf hendak masuk kubur sebab itu Umno yang ada sekarang tidak mengaku bahawa umurnya baru 25 tahun.
Untuk rekod Umno yang ada sekarang adalah Umno Baru yang ditubuhkan pada 1987 oleh Dr Mahathir setelah Umno sebenar diharamkan oleh Mahkamah pada 1987 selepas krisis Dr Mahathir-Ku Li.
Comments
kah kah kah kah
kah kah kah
aku ketawa tergolek golek