'GENG' TAK SIUMAN AKAN MALUKAN NEGARA DI DEPAN RUMAH ANWAR, PAK SAMAD, KADIR DAN TAMRIN.


PETALING JAYA: 'Geng' Tak siuman yang menari punggung di depan rumah Ambiga baru-baru akan sekali lagi memalukan negara kita di mata dunia. Mereka akan menari untuk kali kedua di hadapan rumah  Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (Mat Sabu), Thamrin Tun Ghafar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk A Samad Said.
“Senaman tarian ini akan dibuat pada waktu terdekat dengan beberapa gimik menarik,” kata Datuk celup Mohd Ali Baharon ketika dihubungi FMT.
Bagaimanapun ketika ditanya mengenai pemilihan lima individu terbabit, Mohd Ali menegaskan ia sebagai memberi peringatan kepada mereka agar tidak menganggu gugat keharmonian negara.
Katanya, operasi senaman tarian itu nanti masih sama namun ia akan diadakan serentak di hadapan rumah pemimpin yang berkenaan.
“Tunggu dan lihat kita akan adakan satu tarian dahsyat. Senaman tarian ini lebih tajam dan akan dibuat di hadapan rumah mereka serentak dalam masa terdekat ini.
“Tujuannya siapa makan cili dia terasa pedasnya. Ia juga sebagai peringatan supaya jangan ulangi tindakan untuk merosakkan negara,” katanya.
Ketika ditanya mengenai gimik menarik itu, Mohd Ali berkata ia sesuatu yang istimewa dan mempunyai kaitan dengan daun.
Kita menyeru pihak berkuasa supaya menghalang 'geng' tidak siuman ini dari terus-terusan memalukan negara kita. Apa nak jadi dengan mereka ini. Sudahlah 'tidak siuman' malah diberi ruang dan peluang untuk menunjukkan ketidak siuman mereka di khalayak ramai. Mereka sendiri sudah menyatakan bahawa itu bukan senaman biasa tetapi senaman untuk memberika peringatan kepada Anwar dan lain-lain. Lebih teruk lagi senaman itu menang tidak senonoh, apatah lagi ianya digayakan oleh tua kutuk tak sedar diri.

Comments

Anonymous said…
salam, JOM SEMBAHYANG ,geng goyang bontot,, jika anda orang islam ( bukan melayu islam) dan anda bersembahyang maka anda takan lakukan pekara sebegini ,jika anda melayu yang hanya islam tapi tak mengamalkan islam maka anda jadi lah begini , anda tidak memalukan ambiga ,tetapi memalukan keluarga anda sendiri ,bayangkan di sekolah ,anak anda akan dipanggil anak bontot ........
Anonymous said…
Ini lh padah ny bila tingkah laku tak selari dgn usia.