BN CAKAP BESAR : REBUT 3 NEGERI TAPI PR RAMPAS 7 NEGERI


Ketua Penerangan Umno, Mat Maslan begitu yakin akan bahawa BN akan merampas 3 negeri PR iaitu Kelantan, Kedah dan Selangor. 


Beliau menyandarkan keyakinannya itu berdasarkan pemerhatian terhadap gerak kerja dan persediaan BN menjelang pilihan raya umum akan datang. Itu kata dialah. Sesiapa pun boleh bercakap besar walaupun realitinya belum tentu begitu. Ataupun memang dia yakin akan menang kerana sudah menyusun strategi sulit dan licik untuk menang dengan penipuan dan penyelewengan atas bantuan 'pengadil' yang berat sebelah. Ini berdasarkan kata-kata bossnya Ah Jib Gor yang pernah berkata bahawa BN akan melakukan apa sahaja untuk memastikan BN menang.

Mat Maslan tidak sedar bahawa jika beliau optimis BN akan menang di 3 negeri PR itu, Pakatan juga berkeyakinan akan merebut 7 negeri yang diperintah BN iaitu Perlis, Terengganu, Negeri Sembilan, Perak, Johor, Melaka dan Pahang,

Ini bukan cakap-cakap kosong tetapi ianya berdasarkan fakta dan situasi semasa. Selepas Bersih 3.0 kita dapat melihat bagaimana rakyat khususnya kaum Tionghua semakin meluat dengan BN. Ada pihak yang meramalkan BN hanya akan disokong oleh kurang dari 20 % pengundi Cina. Manakala undi Melayu sudah meningkat kepada 42 % untuk PR. Jika senario ini berterusan maka BN akan terlungkup. Namun semua itu bergantung kepada ketelusan, professionalisme dan keadilan perjalanan PRU 13.

Jika PRU 13 terus berjalan dalam keadaan pincang, berat sebelah, tidak telus maka sudah tentu BN akan terus menang dengan penipuan, penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa  yang dihalalkan oleh 'pengadil' Pilihanraya.

Comments