BERSIH 3.0 : KETUA WANITA MCA MELAKA PUN SERTAI PERHIMPUNAN


Perhimpunan Bersih 3.0 bukan sahaja disertai oleh NGO, ahli-ahli parti komponen PR, malah ia turut disertai Ketua Wanita MCA Negeri Melaka, Datuk Kian Sit Har. Ternyata perhimpunan Bersih 3.0 bukan digagaskan oleh ketaksuban kepada parti-parti politik tetapi ianya lebih kepada menuntut sebuah pilihanraya adil, bebas dan telus. Sebab itulah ramai pimpinan MCA dan komponen BN lain hadir kecuali mereka yang berfikiran kotor sahaja.

Media hari ini melaporkan bahawa Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam marah dan kesal serta  meminta Ketua Wanita MCA negeri, Datuk Kian Sit Har meletak jawatan selepas terbabit secara langsung dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, dekat sini, Sabtu lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, tindakan menyertai perhimpunan haram yang didalangi parti pembangkang itu juga membuktikan Kian seolah-olah menikam parti dari belakang.

“Beliau (Sit Har) patut letak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA. Jangan susahkan MCA dan BN. Sila beri peluang kepada muka baru,” katanya.

Ali Rustam sepatutnya mengucap tahniah kepada Datuk Kian kerana dapat menilai yang mana yang telus dan bersih bukannya membabi buta menerima alasan SPR yang mendakwa sistem pilihanraya kita terbaik di dunia.

Syabas Datuk Kian.

Comments

Anonymous said…
Minta maaflah.

Yang kasihannya, wanita Melayu masih terperangkap dengan jerat UMNO.