AHLI UMNO TIPU NAJIB, DIA TIPU AHLI UMNO?


Setiap kali program melibatkan Umno khasnya Najib Razak sudah tentu ahli-ahlinya mahu ramai orang hadir. Maka macam-macamlah cara mereka usahakan supaya ramai orang datang.

Modus Operandinya senang sahaja. Sediakan bas, bagi duit poket, bagi makan free dan sebagainya. Kalau semua itu tidak dilakukan alamatnya banyak kerusi dari orang yang hadir.

Terbaru program Umno Kelantan di Gua Musang. Stopa Mamat sudah tentu mencari jalan untuk meramaikan orang. Diberitakan 70,000 orang datang menyambut Najib. Maka khabarnya Najib cukup gembira dan lantas melahirkan keyakinan bahawa Kelantan akan kembali ditadbir oleh BN selepas PRU 13 nanti.

Rupa-rupanya Najib kena tipu. Stopa dan orang Umno Kelantan menipu Najib. Dipunggahnya orang dari Kedah dan negeri lain untuk meramaikan orang datang ke Gua Musang sambut Najib. Dalam ucapannya Najib menipu rakyat Kelantan dengan keyakinan bahawa Umno/BN akan menang di Kelantan padahal Najib sendiri tidak yakin Umno/BN menang.

Manakala ahli Umno menipu dengan dengan memunggah orang luar untuk turun ke Kelantan. Engkau tipu aku, aku 'pelawok' engkau. 

Comments