KHAIRY SETUJU DEBAT DENGAN RAFIZI, ALI BILA NAK DEBAT DENGAN ADLY?

Ketua Pemuda Umno. Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju untuk berdebat dengan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli. Jelas Khairy merupakan seorang pemimpin yang berjiwa besar dan professional serta berani tidak seperti Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang penakut, berjiwa tertutup dan penakut. Sehingga ke hari ini Ali tidak berani untuk berdebat dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari.

Media melaporkan hari ini bahawa debat di antara dua bintang, masing-masing dari PKR dan Umno, bakal menjadi kemuncak kepada isu pinjaman siswa melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Debat dalam isu yang dilihat menjadi taruhan untuk mendapatkan sokongan anak muda menjelang pilihan raya itu dipersetujui ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk diadakan pada 5 Mei.

Khairy  mempersetujui demikian dalam satu tulisannya di laman Twitter hari ini setelah dicabar pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berdasarkan pendirian kedua-dua mereka dalam isu PTPTN.

Rafizi berkata, debat berkenaan adalah berdasarkan pendirian dan juga hasil sesi perbincangan PKR dan juga rundingan Pemuda Umno dengan pihak berkepentingan, Rabu lalu.

"PKR dan Pemuda Umno sudah mengadakan perbincangan tertutup dengan pihak-pihak terbabit untuk memahami isu ini dengan lebih baik.

"Sudah tiba masanya, hasil dan pandangan yang berbeza dari kedua-dua belah pihak diketengahkan untuk dibahaskan di hadapan rakyat," katanya.

Rafizi kali ini mencabar pendirian Khairy bahawa ramai pihak berpendapat bahawa kerajaan tidak patut memansuhkan hutang PTPTN berjumlah RM24.7 bilion itu.

Rafizi berkata, jumlah pelaburan kerajaan yang diperlukan untuk tujuan itu hanyalah RM2 bilion setahun.

"Pelbagai sumber boleh digunakan bagi tujuan ini, termasuklah mensyaratkan pelaburan dari keuntungan hasil minyak dan gas ke dalam bidang pendidikan, memotong perbelanjaan pertahanan, membanteras rasuah, menghentikan ketirisan dan pembaziran," katanya.

Kalau Khairy seorang pemuda setahun jagung berani berdebat dengan Rafizi takkanlah Ali Rustam seorang Ketua Menteri, Ahli Majlis Tertinggi Umno dan bekas Naib Presiden Umno tidak berani berdebat dengan Adly tokoh muda PAS Melaka. Ali boleh memilih apa juga tajuk untuk diperdebatkan. Malah Adly sebenarnya sehingga kini masih menunggu jawapan dari Ali tentang debat yang akan diadakan pada 15 April seperti tercatat dalam banner di alam maya FB dan Blog.


Comments

Anonymous said…
Ali ...telor dia dah takde bro....dah kena kolommmm