Kerugian Syarikat Sistem Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) mencecah sehingga RM2.52 bilion tahun lalu. Tetapi sehingga kini tiada pemimpin kerajaan yang mengakui kesilapan mereka dan meminta maaf sehingga syarikat milik kerajaan dan rakyat itu rugi begitu besar. Sepatutnya Menteri Kewangan meletakkan jawatan di atas kegagalan MAS. Tetapi oleh kerana Menteri Kewangan tidak ada maruah dan tidak tahu malu, dia masih mahu terus memegang jawatan tersebut.
Kalau tidak mahu letakkan jawatan pun, Menteri Kewangan sewajibnya meminta dan memohon maaf kepada seluruh rakyat dan mengaku pertukaran saham antara MAS dan AirAsia adalah satu kesilapan besar.
Sehingga kini nasib 20,000 pekerja MAS terus menjadi tanda tanya sama ada mereka akan dibuang atau diserap ke dalam syarikat gabungan yang baru.
Kerajaan dan MAS masih belum menyatakan secara terperinci tentang nasib mereka ..............apakah mereka akan diberi VSS atau dibuang kerja .....
Comments
Ini pak ustaz UMNO kalau cakap, macam Islam merekalah paling hebat di dunia, mengalahkan Pusat Islam Amerika, Pusat Islam UK, pusat Islam di Arab Saudi, Pusat islam Australia, Pusat Islam Mesir, China dll.
Walhal, disebalik mendabik dada mereka itu, mereka sudah lari dari mesej Quran sebenarnya.
Contoh : Rasuah, kroni-kroni, membazir negara wang rakyat dll. Mana mereka? Senyap beruk.
Kita harap Bersih 3.0, bukan hanya anak muda, tapi juga semua agama seperti Islam, sami Buddha, paderi Kristian, dll, turut di barisan hadapan untuk menentang LANUN UMNO/BN yang sudah jauh dari etika kemanusiaan dan ajaran Quran sebenarnya.
Ayuh Pak Imam, Sami, paderi berdiri teguh dibarisan hadapan untuk sama-sama berdoa ketika dalam perjalanan dan ketika di dataran merdeka nanti.
INgat UMNO/BN : Doa orang yang dianiaya sangat mujarab.
Tuhan tidak kira siapa dia Melayukah, Cinakah, Hindukah TUhan Maha Adil.