Tukar Kerajaan sebelum Malaysia BANGKRAP

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata rakyat Malaysia mesti menukar kerajaan pada Pilihanraya Umum ke 13 sebelum negara ini bangkrap.

"Rakyat Malaysia mesti tukar kerajaan pada Pilihanraya umum ke 13, kerana jika tidak ditukar negara kita akan bangkrap.

"Jangan Malaysia dah bangkrap baru rakyat hendak bagi Pakatan Rakyat memerintah, sudah terlambat" ujar Mohamad.

Beliau berkata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala menjangkakan Malaysia akan bangkrap pada tahun 2019 iaitu pada 2012.

"Bukan PAS, DAP atau Adil yang dakwa Malaysia akan bangkrap tapi menteri kabinet sendiri, iaitu Idris Jala yang dilantil oleh Najib.

"Malah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) juga menyatakan bahawa Malaysia akan bangkrap pada 2015 tiga tahun lagi" tambah Mohamad.

Menurutnya rakyat mesti pantas bertindak menukar kerajaan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti sebelum negara bangkrap macam Greece.

"Macamana tak bangkrap rasuah berleluasa, duit negara di bawa secara haram keluar negeri berjumlah RM1.077 trilion, RM28 bilion tiris menurut Ketua Audit Negara, macamana negara tak bankrap" kata Mohamad.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran PAS Kawasan Masjid Tanah di Kampung Lendu malam tadi.

Comments

kampong lad said…
BEBASKAN PUTRAJAYA