Terima kasih Kak Ijat kerana tidak meletakkan jawatannya sebagai Menteri Wanita dan Ketua Wanita Umno. Ucapan terimakasih ini diucapkan kepada Senator tersebut kerana ianya menambahkan lagi kebencian rakyat kepada Umno/BN serta mempercepatkan kejatuhan Umno/BN.
Kak Ijat sebenarnya telah memberikan kerjasama yang hebat kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana ia membantu lebih ramai rakyat benci kepada Umno/BN dan menyokong PR kerana mereka muak dengan skandal dan penyelewengan yang dilakukan oleh pimpinan Umno termasuk yang berstatus menteri.
Ketua Wanita Umno ini sebenarnya menjadi sebahagian dari ‘petugas’ dan ‘pendokong’ PR kerana keengganan beliau berundur mempercepatkan Umno/BN tewas.
Kak Ijat dengan ego dan bangga berkata sebagai seorang peguam dan bekas majistret, saya tidak menghukum seseorang bersalah sehingga dibuktikan. Jadi, tidak, saya tidak akan letak jawatan," katanya.
Malah, katanya, beliau juga memahami apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah semata-mata untuk melemahkan semangat beliau selaku Ketua Wanita Umno, yang juga menjadi kekuatan kepada parti itu dan BN.
Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah suami Shahrizat. Syarikat itu dituduh menyalah-gunakan dana RM250 juta dalam bentuk pinjaman mudah yang diberikan oleh kerajaan melalui dana Kumpulan wang Simpanan Pekerja kepada NFC.
Projek NFC bertujuan untuk mengurangkan import daging lembu di negara ini tetapi Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa projek berkenaan telah tersasar jauh.
Berikutan itu, beberapa pemimpin PKR kemudiannya mendedahkan bahawa pinjaman RM250 juta itu bukan digunakan untuk projek ternakan lembu tetapi dibelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak ada kaitan, seperti pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura.
Dana berkenaan juga didakwa digunakan untuk membeli beberapa plot tanah utama di Putrajaya dan kereta mewah.
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.
Comments