Rasuah memang membarah di Malaysia. Parti yang memerintah pula melayan rasuah sebagai kesalahan yang amat kecil. Buktinya Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang terbukti terlibat dengan rasuah hanya dihalang bertanding jawatan parti manakala bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Isa Samad hanya digantung keahlian, mereka tidak dikenakan sebarang tindakan mahkamh. Maka tidak hairanlah jika pemimpin menjadikan rasuah sebagai 'pakaian' harian mereka maka rakyat sudah tentu rakyat akan turut menjadikan rasuah sebagai 'ulam' harian mereka.
Terbaru sukan negara kita sekali lagi dilanda dengan gejala rasuah kerana mengikut teladan pemimpin parti pemerintah.
Sukan Bolasepak yang pernah dilanda rasuah pada era 90-an sekali lagi dikotori dengan najis tersebut.
Media melaporkan bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mengenalpasti 18 pemain dan seorang jurulatih yang didapati terbabit dalam skandal rasuah pada Liga Malaysia musim lepas.
Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata pemain dan jurulatih berkenaan akan dikenakan hukuman penggantungan antara dua hingga lima tahun.
"Atas pandangan dan nasihat Jawatankuasa Disiplin FAM, pemain dan jurulatih berkenaan akan diambil tindakan dan senarai nama akan dimaklumkan dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat
Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM di ibunegara hari ini.
"Ini membuktikan keseriusan FAM berkaitan dengan perilaku beberapa pemain dan pegawai dan berharap ia memberi pengajaran kepada pemain dan pegawai yang melibatkan diri dalam kejohanan kelolaan FAM," katanya.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata pemain tersebut melibatkan enam pemain dari pasukan Negeri Sembilan dan seorang jurulatih, pasukan T-Team (enam), dan pasukan MP Muar (enam).
Gambar : Sekadar hiasan
Comments