.

.

08 February 2012

Negara BERKEBAJIKAN : Malaysia TAK BANGKRAP SELANGOR SUDAH BUKTIKANNYA

Konsep negara berkebajikan tidak akan menjadikan negara bankrap kerana Selangor sudah membuktikan melalui urus tadbir cekap walaupun peruntukan tinggi untuk program rakyat, negeri masih mampu meningkatkan simpanan.

Negara hanya bangkrap jika BN terus dibiarkan berkuasa kerana sikap boros, tamak, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Buktinya jelas terpampang di depan mata apabila Laporan Ketua Audit mendedahkan bagaimana barangan yang harganya murah dibeli dengan harga berlipat-lipat kaliganda oleh Kementerian dan Agensi-agensi kerajaan. Unsur-unsur sebeginilah yang menyebabkan negara bangkrap.

Begitu juga tender-tender yang sepatutnya harga rendah ditenderkan dengan harga yang berkali ganda. Semua ini menjadi rutin kerajaan BN yang menyebabkan wang negara hangus begitu sahaja.

Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebanyak RM500 juta dibelanjakan untuk program kebajikan di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) tetapi masih mampu meningkatkan pendapatan dan simpanan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) berjaya meningkatkan simpanan empat kali ganda berbanding 2007.

“Jumlah simpanan 2007, di bawah Barisan Nasional adalah RM400 juta tetapi selepas PR ambil alih, kita berjaya menyimpan RM1.9 bilion dalam tempoh tidak sampai empat tahun memerintah.

“Kita berjaya buktikan bahawa dakwaan konsep negara berkebajikan menjadikan negara akan bankrap adalah tidak tepat sebaliknya pendapatan negeri diagihkan sama rata kepada seluruh rakyat Selangor,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, selepas memerintah juga, banyak perbelanjaan kebajikan dihabiskan kepada rakyat berbanding kerajaan terdahulu yang banyak menghabiskan wang rakyat untuk kepentingan kroni.

“Kita berjaya buktikan urus tadbir telus dan cekap menjadikan projek dibelanjakan dengan nilai yang tepat, bukannya nilai projek berjumlah RM10 juta tetapi dibelanjakan RM40 juta yang menguntungkan pihak tertentu.

“Program juga banyak meringankan beban rakyat dan diagihkan mengikut lapisan umur termasuklah sumbangan pelajar masuk universiti, skim mesra usia emas, pemberian air percuma dan peruntukan pendidikan kepada sekolah jenis Tamil, Cina dan Agama Rakyat,” katanya ketika menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat Selangor yang dihadiri lebih 1,000 masyarakat di Rawang.

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong, Ronnie Liu, Yaakob Sapari, Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Xavier Jayakumar.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Datuk Zainal Abidin Aala dan Pegawai Pejabat Tanah Daerah Gombak, Mohd Zahirin Mohd Saad.

Dalam majlis itu, sebanyak lima persatuan Cina diberikan sumbangan RM6,000 setiap satu oleh Kerajaan Negeri.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter